Wednesday, September 21, 2011

Kesibukan ibu dan ayah yang berkerja mencari rezeki. Itulah lumrah hidup zaman sekarang di mana kebayakan dari ibu-bapa adalah mereka yang berkerja dan anak-anak harus ditempatkan di pusat penjagaan anak-anak atau Taska. Kerunsingkan akan bertambah apabila pasangan baru mendapat anak dan jauh dari ahli keluarga untuk menjaga anak yang lahir yang perlu menjaga tanpa bantuan ahli keluarga yang lain.

Sedikit informasi berkenaan dengan pusat jagaan anak-anak yang dipetik dari JAPEM.

Pusat Penjagaan harian Kanak-Kanak atau Child Care Centre ditubuhkan khusus untuk kanak-kanak berumur di bawah 3 tahun yang memerlukan perkhidmtan Pusat Penjagaan semasa ibubapa mereka di tempat kerja. Perlu difahami, Pusat tersebut adalah pusat kepentingan khusus untuk kanak-kanak (Child-Oriented) dan bukan untuk kepentingan pengajar (Teachers-Oriented) laitu dengan maksud, kurikulum yang disediakan hendaklah disesuaikan dengan perkembangan sosial dan tumbesaran kanak-kanak khususnya di bawah umur 3 tahun dan bukan kanak-kanak tersebut disesuaikan oleh kurikulum yang dikhaskan untuk pelajaran-pelajaran awal seperti membaca atau mengira seperti yang terdapat di dalam kurikulum tadika. Juga menyediakan transit bagi kanak-kanak berumur lebih dari 3 tahun untuk ke sekolah mereka.

Perkhidmatan dan Perniagaan yang kami jalankan

Pusat Jagaan Senyum Al Amil. Ini merupakan pusat sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang terletak di alamat: 
No. 23, Lorong Sungai Mulia 6, Batu 5 Gombak, 53000 Kuala Lumpur.

Pusat Jagaan Senyum Al Amil telah beroperasi selama setahun sehingga kini. Terdapat 3 orang kakitangan atau Pengasuh Kanak-Kanak yang berpengalam menjaga bayi dan Kanak-Kanak. Jumlah anak-anak yang terdapat sehingga kini ialah seramai 10 orang. Pemasaran pada tahun pertama lebih tertumpu pada ibu bapa disekita rumah. Kini akan meluaskan lagi pasaran kepada ibu bapa yang berkerja dan tinggal di Kampung Changkat dan Kawasan Padang Balang. Pengangkutan disedialan bagi ibu bapa yang tidak sempat menghantar anak-anak mereka ke Taska.

Sila rujuk pada lampiran bayaran/ yuran Pusat Jagaan Kanak-Kanak Senyum Al Amil untuk rujukan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Senyum Al Amil.
Selain dari Jagaan anak-anak yang berumur < dari 3 tahun. Kami juga menyediakan perkhidmatan transit ke sekolah bagi anak-anak yang akan ke sekolah dimana-mana anak-anak tersebut akan dijaga, dimandikan dan diberikan sebelum pergi ke sekolah.

Bagaimana menghubungi kami?
1. Roslizarina Rasli- h/p:0173486325
atau
2. Rosilawati Rasli- h/p:0192703906